Wednesday, 21 August 2013

kasih dan cinta

                                                                       kasih dan cinta

                Semalam aku termenung seketika ketika menonton satu kisah mengenai percintaan seorang pemuda terhadap kekasih pertamanya yang akhirnya berakhir dengan tragedy. Bak kata orang tua ada sebab segalanya terjadi... Cerita itu ada lagaknya seperti kisah cinta ku suatu ketika dahulu.
               
                Segalanya berlaku tanpa ku sedari bagaikan mimpi disiang hari. Pada hati itu aku sedang leka tido didalam kelas seperti biasa dan tanpa ku sedari Pak Tam dating menyapa tangannya ke bahu aku untuk mengejutkan dari tidur.

                "Woi.. atan nama hang naik lagi."ujar PakTam dengan selamba.
                "Nama aku? Pasai pa plak?"aku membalas.

Pak Tam menarik tangan ku lalu aku pon terpingga-pinga mengikut Pak Tam ke kluar kelas. Kedengaran satu pengumuman sedang disiarkan melalui pembesar suara sekolah.

                 "Nama pelajar yang disebut ini sila hadirkan diri ke pejabat sekarang."ujar suara tadi.
Tidak lama kemudian nama aku kedengaran bersama-sama dengan beberapa pelajar yang lain termasuk Pak Tam rakan kelas aku itu.

                 Aku pon dengan segala kemalasan di dunia ini pun mula melangkah ke arah pejabat sekolah untuk mengetahui akan apa dimaksudkan oleh suara tadi. Lagak ku seolah-olah seperti seorang yang bakal dijatuhi hukuman mati dipenjara. Sambil menuju ke pejabat pelbagai andaian dibuat oleh para pelajar yang nama mereka disebut tadi. Ada yang membuat andaian seperti